LARANGAN MERAIKAN QONGXI FATT CHOY BAGI KAUM MUSLIMIN

Benarkah sambutan CNY itu hanyalah perayaan bangsa atau ia adalah agama?

Baru-baru ini kecoh di media sosial mahupun media massa berkenaan isu sambutan CNY di dalam sebuah masjid. Ada yang mendakwa sambutan tersebut adalah dibenarkan atas alasan ia perayaan bangsa atau adat budaya dan tidak berkait dengan agama. Ada juga yang mendakwa ia adalah satu cara untuk menunjukkan keharmonian dan sikap toleransi Islam terhadap bangsa yang lain. Persoalannya adakah hal tersebut dibenarkan dalam Islam?

1. Islam adalah agama yang sempurna, kesempurnaan Islam meliputi segala aspek kehidupan sama ada akidah, syariah, akhlak, adat budaya mahupun kemasyarakatan. Islam meletakkan neraca ukuran itu diukur dengan Al-Quran dan As-Sunnah mengikut kefahaman Salaf Ummah. Perbuatan menafikan hubungan Islam dengan adat dan budaya adalah salah satu bentuk sekularisme. Kata pepatah ada menyebut adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah.

2. Budaya terbahagi kepada dua jenis, pertama budaya yang terikat dengan faktor geografi seperti makanan, pakaian dan sebagainya yang tidak bercanggah dengan syariat, maka ini dibenarkan oleh syariat contohnya makanan dan pakaian bangsa tertentu yang tidak bercanggah dengan syariat. Kedua, budaya dan adat yang terikat dengan faktor agama dan kepercayaan sesuatu bangsa seperti perayaan maka inilah yang dilarang oleh agama untuk kita menyambutnya.

3. Jika ditinjau asal usul perayaan Tahun Baru Cina ia berasal dari jenis yang kedua, iaitu adat yang terikat dengan faktor agama dan kepercayaan. " Chinese New Year (Spring Festival) has a far-reaching history of over 3,800 years. The origin of the festival can be traced back to the worshiping activities in China’s ancient agrarian society. The date for the ceremony wasn’t fixed till the Han Dynasty (202 BC - 220 AD).."

The holiday was closely associated with agrarian society in history. Ancient people concluded the disciplines of cycles of seasons from their planting experience, and the concept of ‘year’ came into being with the outcome of calendar in the Shang Dynasty (17th century BC - 1046 BC). The earliest worshiping activities became the embryo of the festival. People attributed their food, clothes and harvest to the god and ancestor’s will, so they held sacrifice ceremonies to pray for blessing and peace at the end of each year.

[https://www.travelchinaguide.com/…/hol…/new-year/history.htm]

[http://www.ancient-origins.net/…/origin-lunar-new-year-and-…]

4. Sebagai seorang Muslim hendaklah kita merasa cukup dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul. Termasuklah apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul dua perayaan yang dikhususkan buat kita iaitu Aiduladha dan Aidulfitri. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam telah mendatangi Madinah dan penduduk Madinah ketika itu ada dua hari yang mereka bermain-main (dengan menyambutnya) lalu Nabi bertanya: " Dua hari apakah ini?" Lalu mereka menjawab:" Dahulu kami bermain pada kedua-dua hari ini ketika jahiliyyah" Lalu jawab Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا: يَوْمَ الْأَضْحَى، وَيَوْمَ الْفِطْرِ

" Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu kepada kamu dengan perayaan yang lebih baik dari keduanya iaitulah Aiduladha dan Aidulfitri." [ HR Abu Daud, Ahmad: Dinilai sahih oleh Al-Albani dan Syuaib Al-Arnauth ]

5. Umat Islam dilarang untuk menyerupai adat kebiasaan orang kafir yang khusus untuk mereka. Apatah lagi jika ia merupakan perayaan agama atau budaya mereka. Antara sifat orang-orang yang beriman mereka tidak redha dengan kesyirikan, tidak menghadiri perayaan-perayaan kaum musyrikin apatah lagi mengucapkan selamat kepada mereka. Al-Qurtubi menukilkan daripada Ibnu Abbas berkenaan tafsiran Az-Zuur adalah perayaan-perayaan kaum musyrikin. Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ

"Dan mereka yang tidak menghadiri Az-Zuur..." [ Al-Furqan:72 ]

Kata Imam Ibnu Jarir At-Tabari:

وأصل الزور تحسين الشيء، ووصفه بخلاف صفته، حتى يخيل إلى من يسمعه أو يراه، أنه خلاف ما هو به، والشرك قد يدخل في ذلك، لأنه محسن لأهله، حتى قد ظنوا أنه حق، وهو باطل

" Asal perkataan Az-Zuur adalah memperelokkan sesuatu, dan menyifatkannya dengan khilaf (berlainan) sifatnya (yang asal) sehingga mengkhayalkan orang yang mendengarnya atau melihatnya,bahawa ia berlainan dengan asalnya. Kesyirikan boleh jadi masuk dalam hal tersebut kerana ia telah dinampakkan baik bagi ahlinya sehingga mereka menyangka ia adalah benar sedangkan ianya adalah batil.." [Jaami' Al-Bayan 19/314]

Kata Abdullah bin Amr bin Al-'As radiAllahu anhu:

مَنْ بَنَى بِبِلَادِ الْأَعَاجِمِ وَصَنَعَ نَيْرُوزَهُمْ وَمِهْرَجَانَهُمْ وَتَشَبَّهَ بِهِمْ حَتَّى يَمُوتَ وَهُوَ كَذَلِكَ حُشِرَ مَعَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

" Barangsiapa yang tinggal di negeri ajam (bukan Islam) lalu menyambut perayaan dan sambutan mereka, dan menyerupai mereka sehingga dia mati dalam keadaan tersebut, dia akan dihimpunkan bersama mereka pada Hari Kiamat kelak " [ Sunan Al-Kubra lil Baihaqi 9/392 ]

5. Asalnya Nayruz merupakan perayaan bangsa Parsi, namun Syariat tetap melarang menyambutnya. Tidak ada seorang sahabat mahupun tabiin dan salafussoleh yang membenarkan sambutannya atas alasan ia adalah perayaan bangsa atau adat budaya dan bukan agama. Tidak ada juga dikalangan Salafussoleh yang pernah mendabik dada bahawa akidah dan iman mereka tidak akan tergugat dengan menyambut perayaan-perayaan kaum musyrikin.

6. Alasan apa-apa perayaan boleh disambut atas dasar ia hanyalah perayaan adat budaya atau bangsa sangat merbahaya, kerana ia boleh membuka ruang bagi golongan menyeleweng untuk menghalalkan apa-apa sambutan yang tidak dibenarkan syarak. Betapa banyak adat dan budaya orang melayu yang bercanggah dengan syarak yang boleh dikembalikan sambutannya atau dibolehkan atas alasan ia hanyalah budaya dan adat.

7. Kesimpulannya alasan bagi umat Islam untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina kerana ia adalah perayaan bangsa dan adat budaya semata-mata adalah sangat jauh daripada kebenaran dan ia tidak langsung boleh diterima oleh umat Islam. Manakala alasan kononnya ia menggalakkan sikap toleransi juga tidak tepat kerana sikap toleransi umat Islam terhadap penganut agama lain telah berlaku sejak sekian lama tanpa perlu mereka menggadaikan akidah dan pegangan mereka.

Wallahualam.

Unit Kajian Ilmiah Yayasan Ta'lim

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1826056200980644&id=1734626100123655

Comments

Popular posts from this blog

Siri Firaq Islam Usraz Asrie Sobrie