Posts

Showing posts from February, 2019
*MENZALIMI HAK-HAK TUHAN MENGHALANG KERAHMATAN DAN MENGHILANGKAN KEAMANAN* 1. Kekeliruan sebahagian masyarakat Muslim dalam berinteraksi dengan kemajmukan terlihat apabila ada yang meraikan atau menyertai perayaan kepercayaan selain Islam yang merupakan syiar besar mereka seperti Krismas, Easter, Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Wesak, Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaisakhi dan lain-lain. 2. Perayaan kepercayaan selain Islam penuh disulami kesyirikan bukan sahaja dalam bentuk berdoa dan berharap kepada selain Allah, juga penyembahan makanan dan sajian kepada selain Allah, meletakkan sifat-sifat ketuhanan kepada makhluk, kepercayaan kepada nasib baik dan buruk, keuntungan dan kesialan dan banyak lagi bentuk kesyirikan dan khurafat. 3. Pasti tindakan meraikan atau menghadiri perayaan tersebut tidak boleh dikatakan termasuk dalam ruang lingkup 'rahmatan lil alamin' mahupun 'fiqh ta'ayush' yang benar - jika ada yang cuba menganggap sedemikian. 4. Bagaimana mungki

LARANGAN MERAIKAN QONGXI FATT CHOY BAGI KAUM MUSLIMIN

Benarkah sambutan CNY itu hanyalah perayaan bangsa atau ia adalah agama? Baru-baru ini kecoh di media sosial mahupun media massa berkenaan isu sambutan CNY di dalam sebuah masjid. Ada yang mendakwa sambutan tersebut adalah dibenarkan atas alasan ia perayaan bangsa atau adat budaya dan tidak berkait dengan agama. Ada juga yang mendakwa ia adalah satu cara untuk menunjukkan keharmonian dan sikap toleransi Islam terhadap bangsa yang lain. Persoalannya adakah hal tersebut dibenarkan dalam Islam? 1. Islam adalah agama yang sempurna, kesempurnaan Islam meliputi segala aspek kehidupan sama ada akidah, syariah, akhlak, adat budaya mahupun kemasyarakatan. Islam meletakkan neraca ukuran itu diukur dengan Al-Quran dan As-Sunnah mengikut kefahaman Salaf Ummah. Perbuatan menafikan hubungan Islam dengan adat dan budaya adalah salah satu bentuk sekularisme. Kata pepatah ada menyebut adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah. 2. Budaya terbahagi kepada dua jenis, pertama budaya yang terik